Saturday, July 6, 2013

TOPIK 1 : PERBEZAAN PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Ia juga merupakan  satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pengujian pulan bermaksud satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Penilaian merupakan roses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Ianya satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Pengukuran pula merupakan proses -proses memperolehi  nilai kuantitatif bg menentukan pencapaian individu.

Tujuan pentaksiran ialah mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran dan menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran manakala tujuan pengujian adalah untuk Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Tujuan penilaian pula untuk Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar dan membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Tujuan pengukuran adalah untuk megetahui atau mengukur sejauh mana pecapaian atau keberkesanan sesuatu tindakan yang telah dijalankan.

            Cara atau proses pentaksiran diadakan ialah dengan merekod markah atau gred sesuatu ujian manakala cara untuk membuat penilaian ialah dengan menganalisi atau melaporkan sesuatu perkara yang sedang dinilai. Pengujian pula dijalankan dengan melaksanakan ujian atau peperiksaan dan pemeriksaan.

            Masa untuk menjalankan pentaksiran dan pengujian adalah selepas pembelajaran manakala bagi penilaian boleh diadakan sebelum, semasa dan selepas pembelajaran.

            Keputusan pentaksiran menunjukkan pencapaian secara relatif manakala keputusan pengujian menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik. Penilaian pula menunjukkan pencapaian secara keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seseorang individu. Pengukuran pula adalah dengan melihat data yang kuantitif.

                  Pentaksiran adalah dalam bentuk set ujian bertulis dengan markah dan gred. Pengujian pula dalam bentuk Pemerhatian, ujian lisan dan Ujian bertulis manakala penilaian adalah dalam bentuk Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan. Pengukuran pula adalah dalam bentuk data kuatitatif.

       

No comments:

Post a Comment